15 Julai lepas AWANI Borneo melaporkan suara penduduk Kampung Sinop di kawasan hilir yang kecewa kerana masih belum menikmati bekalan air bersih.<br /><br />Kawasan melibatkan lapan buah rumah itu terpisah oleh Sungai Sibuti dan masih belum dipasang saluran paip.<br /><br />Susulan itu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak selaku agensi pelaksana ada mengeluarkan satu kenyataan dan telah mengadakan taklimat bersama Ketua Kaum Kampung Sinop untuk menjelaskan perancangan projek.
